Posts

Showing posts with the label ARTIKEL

10 Tahun Sebelum Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat Tunku Abdul Rahman ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka menandakan berakhirnya secara rasmi jajahan British ke Tanah Melayu. Menariknya, Stadium Merdeka yang dibina khas sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdakaan.  Seramai 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, perwakilan luar negara, anggota-anggota kabinet Persekutuan Tanah Melayu dan juga rakyat biasa membanjiri Stadium Merdeka bagi menyaksikan detik bersejarah Tanah Melayu ini.  Peristiwa ini merupakan satu simbolik pemulangan kuasa politik kepada rakyat Tanah Melayu selepas diperintah beratus tahun lamanya oleh orang asing bermula dari Portugis pada 1511, Belanda pada 1641, British pada 1824 dan juga Jepun pada 1941. Mengimbas kembali beberapa bulan sebelum 31 0gos 1957, rancangan kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu bermula pada 8 Februari 1956 di Lanc...