Posts

Showing posts with the label CERITA

Azazil

Azazil. Adam. Iblis. Manusia. Satu kisah permusuhan yang panjang melangkaui batasan syurga dan dunia. Tidak akan pernah tamat sehinggalah tiba kiamat nanti. Azazil ataupun Iblis tidak akan pernah berhenti dalam pembalasan dendamnya kepada makhluk Tuhan bernama manusia. Sesekali tidak akan pernah berhenti membawa seramai mungkin keturunan Adam menerima kutukan Tuhan di hari pembalasan nanti. Itulah tugas dan misinya agar kutukan Tuhan tidak dikongsi oleh hanya dia seorang sahaja. Manusia juga perlu merasainya! “Kerana Adam lah, Azazil menerima kutukan!” Tidak akan pernah dia terlupa. “Celakalah kau wahai Adam! Kerana mu, Tuhan memberikan kutukan!” Azazil tidak akan pernah melupakan. * Kisah berlaku lama sebelum Adam diciptakan oleh Tuhan bertempat di syurga. Azazil bukanlah calang. Paras rupanya rupawan cemerlang, bersayap empat, mempunyai pengetahuan ilmu yang luas, paling abid kepada Tuhan dan begitu banyak sekali kelebihannya. Cukup untuk membuktikan Azazil bukan...

3 Jutawan

Di negara Jepun, ada tiga orang jutawan yang sangat terkenal. Kishimoto, Akira & Fujiko. Mereka merupakan antara orang yang terkaya di negara Jepun dan setiap seorang daripada mereka mempunyai pelaburan yang bernilai berbilion Yen dalam industri ekonomi di Jepun. Untuk pengetahuan juga, mereka juga merupakan kawan baik dalam kalangan mereka. Setiap kali pertemuan, akan digunakan untuk membincangkan permasalahan yang berlaku dalam kerjaya mereka malahan masalah masalah yang melibatkan hal peribadi. Satu hari, daerah Fukuoka, Jepun dilanda gempa bumi berskala 8.9 skala rithcer. Habis musnah dan ranap segala infrastruktur yang ada di daerah tersebut. Rumah hancur berkecai, bangunan-bangunan tinggi semuanya jatuh luruh menghempas bumi. Banyak rakyat Jepun yang terkorban dan hilang tanpa dapat dikesan. Ringkasnya, Fukuoka mengalami kemushan & kerugian yang teruk. Dan kesannya tidak terkecuali kepada Kishimoto, Akira & Fujiko. Pelaburan mereka di daerah Fukuoka boleh tahan b...