Posts

Showing posts with the label CELOTEH

Kpop

Image
Memang tidak dapat dinafikan, berkabung secara terbuka mengenang kematian Jonghyun adalah kurang sesuai sebagai seorang muslim. Dan juga mereka perlu ditegur dengan sebaiknya. Bukan dengan kata cacian. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Pandanglah mereka dengan pandangan seorang manusia & pendakwah, bukannya pandangan penghukum. Tugas manusia bukanlah menjadi hakim yang menentukan hala tuju akhir nanti, tetapi menarik seramai boleh dan bersama-sama ke syurga. Jika mulut ini lebih lancang menuturkan “ berdosalah & neraka-lah jawabnya”, maka tiada beza kita, manusia dengan iblis. Sememangnya iblis bercita-cita untuk memasukkan manusia seluruhnya masuk ke neraka. Sedangkan Rasulullah tidak bersikap begini dan mahukan umatnya masuk ke syurga. Mereka memang perlu diberitahu, tetapi beritahulah dengan penuh hikmah dan kelembutan. Mudah lagi bagi mereka untuk menerima berbanding secara keras, perli dan juga kata caci. *

Sembang Medik

I Terbaca di artikel Malaysia mungkin akan mengalami lambakan graduan perubatan dalam masa beberapa tahun lagi. Realitinya di Malaysia, jumlah sekolah perubatan yang mencecah angka puluhan buah dan juga bilang graduan perubatan yang mencapai angka ribuan orang setiap tahun. Tambahan pula, jumlah hospital yang tidak bertambah dan tiadanya pembinaan hospital baru. Maka secara logiknya, akan berlaku persaingan antara graduan untuk mendapatkan tempat bagi latihan housemanship. Dimanakah nasibnya graduan perubatan daripada Mesir ini? II “Doktor-doktor dari Mesir tidak kompeten. Suruh ini tak tahu, suruh itu tak tahu. Apakah sahaja yang mereka tahu?” Bukan perkara yang asing kata-kata di atas dilontarkan kepada graduan perubatan dari Mesir. Macam sudah menjadi satu persepsi umum yang menyatakan doktor-doktor dari Mesir adalah doktor yang tidak kompeten. Memang itu realitinya. Sudahnya, nak tunggu je diri ini kena marah dan caci? III Belajar perubatan di Mesir memanglah tidak...