Kpop



Memang tidak dapat dinafikan, berkabung secara terbuka mengenang kematian Jonghyun adalah kurang sesuai sebagai seorang muslim. Dan juga mereka perlu ditegur dengan sebaiknya. Bukan dengan kata cacian. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Pandanglah mereka dengan pandangan seorang manusia & pendakwah, bukannya pandangan penghukum. Tugas manusia bukanlah menjadi hakim yang menentukan hala tuju akhir nanti, tetapi menarik seramai boleh dan bersama-sama ke syurga.

Jika mulut ini lebih lancang menuturkan “ berdosalah & neraka-lah jawabnya”, maka tiada beza kita, manusia dengan iblis. Sememangnya iblis bercita-cita untuk memasukkan manusia seluruhnya masuk ke neraka. Sedangkan Rasulullah tidak bersikap begini dan mahukan umatnya masuk ke syurga.

Mereka memang perlu diberitahu, tetapi beritahulah dengan penuh hikmah dan kelembutan. Mudah lagi bagi mereka untuk menerima berbanding secara keras, perli dan juga kata caci.



*

Comments

Popular posts from this blog

Resmi Padi & Resmi Lalang

10 Tahun Sebelum Merdeka

Memaknakan Ilmu