Doa


Kita tidak akan pernah mengetahui betapa pentingnya sebuah doa sehinggalah kita berada dalam situasi yang betul-betul terdesak. Apabila kita betul-betul  sudah tiada jalan lain dan apa yang kita nampak dihadapanya hanyalah sebuah jalan mati kepada kesusahan kita itu, baru ketika itu kita akan menadah tangan dan berdoa kepada Tuhan.

“Ya Allah, bantulah hambamu ini”

Ataupun apabila kita mahukan sesuatu yang berada di luar kemampuan kita, ketika itulah kita akan menadah tangan kita berdoa kepada Tuhan. Berdoa dengan penuh harapan bahawa Tuhan akan memperkenankan doa kita itu. Fikir kita, apabila kita berdoa, tidak kira bagaimana sekalipun kita mahukan doa itu termakbul dan diperkenankan.

Sungguh.

Kita masih tidak memahami erti sebenar doa jika persepsi yang doa itu hanya ketika kita susah sahaja. Doa ketika hanya berada dalam kesulitan dan mahukan sesuatu sahaja. Patutlah, doa kita jarang ditunaikan. Apakah kita ingat Tuhan itu ibarat pengawai kebajikan? Meminta tolong apabila perlu sahaja.

Mungkin kita perlu belajar berdoa dengan pak cik, mak cik dan sesiapa sahaja yang merempat sebagai gelandangan. Tiada punya apa. Tidur hanya berlantaikan tanah dan beratapkan bintang. Makan pun bergantung kepada sumbangan orang. Walau mereka itu luarannya tiada punya apa, tapi jiwa mereka besar.

“Pak cik bahagia hidup begini. Apa yang pak cik doa hanyalah agar Allah memudahkan hidup pak cik hari ini. Itu sahaja. InshaAllah dia dengar apa yang kita doakan. Tidak disini ditunaikan, di akhirat sana”


Patutnya kita berasa malu.

Mahu tahu sama ada kita berdoa dengan sepenuh jiwanya atau tidak?

Kita akan berasa tenang dan tiada mengharap apa-apa. Kita tidak akan mendesak Tuhan untuk mengabulkan doa kita.

Susah bukan?

Memang susah.

Comments

Popular posts from this blog

Resmi Padi & Resmi Lalang

10 Tahun Sebelum Merdeka

Memaknakan Ilmu