Sembang Medik
I
Terbaca di artikel Malaysia mungkin akan mengalami lambakan graduan perubatan dalam masa beberapa tahun lagi. Realitinya di Malaysia, jumlah sekolah perubatan yang mencecah angka puluhan buah dan juga bilang graduan perubatan yang mencapai angka ribuan orang setiap tahun. Tambahan pula, jumlah hospital yang tidak bertambah dan tiadanya pembinaan hospital baru. Maka secara logiknya, akan berlaku persaingan antara graduan untuk mendapatkan tempat bagi latihan housemanship.
Dimanakah nasibnya graduan perubatan daripada Mesir ini?
II
“Doktor-doktor dari Mesir tidak kompeten. Suruh ini tak tahu, suruh itu tak tahu. Apakah sahaja yang mereka tahu?”
Bukan perkara yang asing kata-kata di atas dilontarkan kepada graduan perubatan dari Mesir. Macam sudah menjadi satu persepsi umum yang menyatakan doktor-doktor dari Mesir adalah doktor yang tidak kompeten. Memang itu realitinya.
Sudahnya, nak tunggu je diri ini kena marah dan caci?
III
Belajar perubatan di Mesir memanglah tidak seperti di Malaysia. Jauh panggang daripada api. Tiada penekanan yang ketat untuk aspek kehadiran. Jadinya, pelajar boleh sahaja datang ke kelas ikut suka hati mereka. Kalau hari itu rasa hatinya rajin nak ke kelas, maka ke kelaslah dia. Kalau tidak, maka duduk sahajalah di rumah menonton drama korea ataupun bermain dota. Sudah pasti bukannya semua, tetapi segelintir sahaja/
Beginikah sikapnya nak jadi seorang doktor?
Kalau aku jadi pesakit, memang aku cakap awal-awal tak nak mereka yang jadi doktor aku.
IV
Perangai sebahagian orang Arab memang tidak dapat dinafikan kasar dan menyakitkan hati. Kalau berjalan di luar itu, akan terdengarlah bunyi-bunyi suara yang mengatakan “Ni hao, Ni hao”. Nak kata aku ni putih orang, hitam juga orangnya. Memang menyakitkan hati dan boleh menguji tahap kesabaran diri. Nasib baiklah darah Melayu yang sentiasa bersabar dan sopan santun ini mengalir dalam diri.
Kadang-kadang, ketika sesi pengajaran ada doktor yang mungkin tidak menepati cita rasa kita. Ada yang gaya mengajarnya separa mengejek dan memerli. Biasalah. Setiap orang ada gaya mengajarnya yang tersendiri.
Akan tetapi, ada sesuatu yang tak kena jika kita yang memerli doktor-doktor yang mengajar kita. Setiap katanya diajuk dan ditiru. Ibarat pembalasan dendam terhadap doktor tersebut. Maka, berderailah gelak ketawa melihat aksi ajukan itu.
Kalaulah doktor itu tidak menghalalkan ilmu yang diajarnya?
V
Pelajar-pelajar di Mesir memang banyak aktiviti sampingannya. Salah satunya ialah berpersatuan. Tidak dapat dinafikan yang berpersatuan merupakan keperluan kepada para pelajar. Persatuanlah tempat yang baik untuk mengasah bakat kepimpinan dan juga perhubungan. Kesemua elemen ini amat diperlukan ketika dalam alam pekerjaan nanti.
Akan tetapi, yang kurang manisnya adalah apabila pelajar terlalu sibuk persatuan sehingga terlupa akan belajar. Hal-hal belajar di anggap remeh-temeh dan diletakkan nombor 2 dalam prioriti. Terlalu sibuk berkerja dalam persatuan sehinggakan ulang kaji tidak dilakukan dan lebih teruk tidak hadir ke kelas. Sudah pasti kata-kata ini bukan untuk mengherdik sesiapa tetapi sebagai salah satu semak imbang dalam diri pelajar perubatan yang berpersatuan. Sepatutnya, mereka yang berpersatuan ini adalah mereka yang sentiasa kehadapan dalam pengajian dan juga merupakan suara-suara vokal dalam isu-isu semasa. Perlunya ada imbangan antara pelajaran dan juga persatuan. Jika tidak, ianya akan menjadi fitnah kepada mereka yang berpersatuan.
“Kau tengok. Aku tidak berpersatuan pun tetapi keputusan peperiksaan aku lebih baik”
Jika melenting, hilanglah martabatnya kita sebagai seorang pelajar yang berpersatuan. Maka jalan terbaik, adalah buktikan.
VI
Orang berkata yang kelemahan graduan perubatan Mesir ini ialah mereka tak tahu apa-apa dan tak kompeten. Suruh buat IV line tak tahu, suruh ambil darah terketar-ketar dan bermacam-macam lagi rungutan. Jika dibandingkan dengan graduan perubatan Malaysia, memang kita ada perjalanan yang jauh untuk setaraf dengan mereka.
Akan tetapi masalah utama pelajar perubatan Mesir ialah sikap ataupun bahasa Inggerisnya, attitude. Jika dalam diri ada kesedaran untuk memperbaiki diri dan meningkatkan pengetahuan akademik ataupun fiqh, maka kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas itu tidak akan disebut.
Orang tua berkata “Dah lah bodoh sombong pula tu”

Comments
Post a Comment