Masa

Tuhan menjadikan masa itu cukup 24 jam sehari. Tidak ada seorang pun yang terlebih dan juga terkurang. Semua orang mendapat jumlah masa yang sama. Adil. Semua orang punyai hak yang sama terhadap sama. Seseorang tidak boleh membeli masa orang lain menjadikan jumlah masa yang dia ada lebih dari 24 jam. Bercakap mengenai masa, kita adalah setara.

Aku berjalan ke negara bukan agama kita, aku memerhati yang masa itu dijaga sebaiknya. Ketepatan perjalanan bas dan kereta api memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau terlambat walau seminit sekalipun, makan asap sahajalah jawabnya. Segala apapun urusan yang dilakukan, semuanya dilakukan atas neraca ketepatan masa. Aku kagum sejujurnya.

Akan tetapi apabila aku pergi ke negara agama kita, aku terkejut. Biasa sahaja pelanggaran masa dilakukan. Ramai yang mungkir dengan waktu mereka. Ada yang lambat ke tempat kerja, ada yang sengaja lambat membuat kerja, bersembang sana sini tak ingat dunia dan pelbagai jenis lagi pelanggaran masa. Aku yakin yang ramai sahaja membaca surah Al-Asr dalam solat-solat mereka dengan alasan mahu memendekkan waktu solat mereka. Aku juga yakin yang mereka ini sekadar membaca tanpa hadirnya makna dalam jiwa.

Jika mereka itu faham akan makna apa yang mereka bacakan itu dalam solat mereka, sudah pasti mereka tidak akan melanggar masa.

“Kau ini bagaimanakah? Sama ada jujur dengan  masa ataupun sebaliknya?

Jangan kau berkata untuk membina tamadun yang hebat jika orang kita masih tidak menghargai masa. Menjadikan penjagaan masa itu sebagai benda remeh-temeh yang tidak perlu diambil kira. Walhal, tanpa masa tidak ke mana-mana diri kita.

“Apakah kau ingin mengatakan yang orang bukan Islam itu memahami Al-Asr daripada kita?

Aku mahu sekali mendengar jawapan daripada kau.

Bukan melalui kata-kata yang pastinya.



Comments

Popular posts from this blog

Resmi Padi & Resmi Lalang

10 Tahun Sebelum Merdeka

Memaknakan Ilmu