3 Jutawan
Di negara Jepun, ada tiga orang jutawan yang sangat terkenal. Kishimoto, Akira & Fujiko. Mereka merupakan antara orang yang terkaya di negara Jepun dan setiap seorang daripada mereka mempunyai pelaburan yang bernilai berbilion Yen dalam industri ekonomi di Jepun. Untuk pengetahuan juga, mereka juga merupakan kawan baik dalam kalangan mereka. Setiap kali pertemuan, akan digunakan untuk membincangkan permasalahan yang berlaku dalam kerjaya mereka malahan masalah masalah yang melibatkan hal peribadi.
Satu hari, daerah Fukuoka, Jepun dilanda gempa bumi berskala 8.9 skala rithcer. Habis musnah dan ranap segala infrastruktur yang ada di daerah tersebut. Rumah hancur berkecai, bangunan-bangunan tinggi semuanya jatuh luruh menghempas bumi. Banyak rakyat Jepun yang terkorban dan hilang tanpa dapat dikesan. Ringkasnya, Fukuoka mengalami kemushan & kerugian yang teruk.
Dan kesannya tidak terkecuali kepada Kishimoto, Akira & Fujiko. Pelaburan mereka di daerah Fukuoka boleh tahan banyaknya dan tidak dapat tidak, mereka mengalami kerugian yang agak besar.
"Habis segala harta aku. Musnah semuanya. Aku rugi 500 juta yen" kata Kishimoto.
"Aku pun sama. Segala harta aku habis musnah. Aku rugi lebih banyak, 1 bilion Yen" balas Akira pula.
Fujiko hanya tersenyum. Dia tekun mendengar luahan nasib rakan-rakannya.
"Bagaimana dengan kau pula, Fujiko. Berapa banyakkah yang kau rugi?"
"Aku memang rugi banyak. Tetapi syukurlah, aku masih ada untung daripada bencana itu. Ada beberapa pelaburan infrastruktur aku di Fukuoka selamat. Dan, untungnya aku apabila bangunan-bangunan itu sahaja yang masih berdiri di Fukuoka. Apabila dikira balik, aku untung dalam 400 juta Yen"
Akira & Kishimoto berasa sangat cemburu dengan untung nasib yang dimiliki oleh kawan mereka.
"Nasib badan. Hehe" kata Fujiko sambil tersengih.
*
Sebulan selepas itu, Jepun dikejutkan kembali dengan khabar angin yang mengatakan daerah Nagano pula akan dilanda gempa bumi. Berita ini menimbulkan kegusaran kepada rakyat-rakyat Jepun dan tidak kurang juga kepada para pelabur di Nagano. Dan seperti di Fukouka, Kishimoto, Akira & Fujiko turut mempunyai pelaburan di Nagano.
"Bagaimana kalian? Nagano juga akan dilanda gempa bumi! Aku dah buat keputusan. Aku akan jual segala aset aku di Nagano. Biar pulangannya tidak berbaloi daripada rugi semuanya!" soal Akira.
"Bertenang. Kita serahkan kepada Tuhan. Jika nasib kita baik, baiklah. Jika tidak, apa boleh buat. Lihat sahaja macam aku. Harta aku di Fukuoka tidak terusik pun" balas Fujiko pula.
" Hmm. Aku akan jual sebahagian harta aku di Nagano. Aku ada mengkaji serba sedikit mengenai risiko pelaburan aku disana dengan bantuan pakar gempa bumi. Aku tidak boleh rugi sama seperti di Fukuoka. Aku kena buat kajian yang mendalam sebelum membuat sebarang keputusan mengenai aset aku di Nagano" jawab Kishimoto pula.
Dan, semenjak perbualan itu setiap orang membawa haluan diri masing masing menantikan untung nasib pelaburan di Nagano pula.
*
Gempa bumi yang dijangka berlaku di Nagano akhirnya terjadi. Sama seperti di Fukouka, kemusnahan dan kehilangan nyawa ada di sini sana.
Berbeza ketika gempa bumi di Fukuoka, kali ini Kishimoto merupakan jutawan yang paling beruntung daripada bencana itu. Hasil daripada kajian risiko yang dilakukan terhadap pelaburannya di Nagano, Kishimoto bukan sahaja berjaya mengurangkan risiko kerugian malahan berjaya mendapatkan keuntungan 1 bilion yen di sebalik bencana yang menimpa.
Akira pula sama seperti di Fukuoka, mengalami kerugian yang sangat banyak. Aset pelaburannya di Nagano yang dijual sebelum gempa merupakan salah satu keuntungan selepas bencana kepada Kishimoto. Dia hanya mampu terdiam mengenangkan nasibnya. Dan tidak dilupakan Fujiko. Jika di Fukuoka, dia untung besar tetapi tidak kali ini. Dia mengalami kerugian yang banyak. Ternyata nasib tidak menyebelahi dia kali ini.
*
Apakah pengajarannya di sebalik cerita yang panjang ini?
Dalam hidup ini, kita sentiasa akan mengalami proses kegagalan. Tetapi persoalan yang paling penting ialah bagaimanakah kita bertindak balas terhadap kegagalan pertama yang menimpa kita?
Jika kita seperti Kishimoto, kita akan berusaha untuk bangun dan melakukan persiapan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. InsyaAllah, ada kejayaan dan keuntungan yang bakal kita dapat nanti.
Jika kita seperti , kita akan terus gagal dan gagal sebab kita tiada usaha untuk memperbaiki kesilapan diri kita dan hanya mampu bertindak secara jangka pendek mengatasi kegagalan yang kita hadapi.
Dan jika kita seperti Fujiko, kita akan terleka dan hanya sekadar menyandarkan kepada Tuhan apa-apa yang dibuat oleh kita tanpa ada sebarang usaha untuk mencapai kejayaan kali kedua.

Comments
Post a Comment