Posts

Showing posts from 2016

Azazil

Azazil. Adam. Iblis. Manusia. Satu kisah permusuhan yang panjang melangkaui batasan syurga dan dunia. Tidak akan pernah tamat sehinggalah tiba kiamat nanti. Azazil ataupun Iblis tidak akan pernah berhenti dalam pembalasan dendamnya kepada makhluk Tuhan bernama manusia. Sesekali tidak akan pernah berhenti membawa seramai mungkin keturunan Adam menerima kutukan Tuhan di hari pembalasan nanti. Itulah tugas dan misinya agar kutukan Tuhan tidak dikongsi oleh hanya dia seorang sahaja. Manusia juga perlu merasainya! “Kerana Adam lah, Azazil menerima kutukan!” Tidak akan pernah dia terlupa. “Celakalah kau wahai Adam! Kerana mu, Tuhan memberikan kutukan!” Azazil tidak akan pernah melupakan. * Kisah berlaku lama sebelum Adam diciptakan oleh Tuhan bertempat di syurga. Azazil bukanlah calang. Paras rupanya rupawan cemerlang, bersayap empat, mempunyai pengetahuan ilmu yang luas, paling abid kepada Tuhan dan begitu banyak sekali kelebihannya. Cukup untuk membuktikan Azazil bukan

Sembang Medik

I Terbaca di artikel Malaysia mungkin akan mengalami lambakan graduan perubatan dalam masa beberapa tahun lagi. Realitinya di Malaysia, jumlah sekolah perubatan yang mencecah angka puluhan buah dan juga bilang graduan perubatan yang mencapai angka ribuan orang setiap tahun. Tambahan pula, jumlah hospital yang tidak bertambah dan tiadanya pembinaan hospital baru. Maka secara logiknya, akan berlaku persaingan antara graduan untuk mendapatkan tempat bagi latihan housemanship. Dimanakah nasibnya graduan perubatan daripada Mesir ini? II “Doktor-doktor dari Mesir tidak kompeten. Suruh ini tak tahu, suruh itu tak tahu. Apakah sahaja yang mereka tahu?” Bukan perkara yang asing kata-kata di atas dilontarkan kepada graduan perubatan dari Mesir. Macam sudah menjadi satu persepsi umum yang menyatakan doktor-doktor dari Mesir adalah doktor yang tidak kompeten. Memang itu realitinya. Sudahnya, nak tunggu je diri ini kena marah dan caci? III Belajar perubatan di Mesir memanglah tidak

3 Jutawan

Di negara Jepun, ada tiga orang jutawan yang sangat terkenal. Kishimoto, Akira & Fujiko. Mereka merupakan antara orang yang terkaya di negara Jepun dan setiap seorang daripada mereka mempunyai pelaburan yang bernilai berbilion Yen dalam industri ekonomi di Jepun. Untuk pengetahuan juga, mereka juga merupakan kawan baik dalam kalangan mereka. Setiap kali pertemuan, akan digunakan untuk membincangkan permasalahan yang berlaku dalam kerjaya mereka malahan masalah masalah yang melibatkan hal peribadi. Satu hari, daerah Fukuoka, Jepun dilanda gempa bumi berskala 8.9 skala rithcer. Habis musnah dan ranap segala infrastruktur yang ada di daerah tersebut. Rumah hancur berkecai, bangunan-bangunan tinggi semuanya jatuh luruh menghempas bumi. Banyak rakyat Jepun yang terkorban dan hilang tanpa dapat dikesan. Ringkasnya, Fukuoka mengalami kemushan & kerugian yang teruk. Dan kesannya tidak terkecuali kepada Kishimoto, Akira & Fujiko. Pelaburan mereka di daerah Fukuoka boleh tahan b

Syair Cinta Keluarga

Hidup ini banyak bicaranya, Kadang melangkaui waras si manusia, Perancangan Tuhan yang berkuasa, Tiada pernah diketahui kita, Bagai angin lalu tiada bertanda. Sebermula cerita di Badaraga, Ada Ali perkasa & Hasinan yang pokta, Menunggu lama zuriat, akhirnya kunjung tiba, Hingga tercampak ke Sardala, Lantaran anak bersikap durjana Ojo ketungkul marang kalungguhan, Kadonya lan kemareman. Terpisah kasih sekeluarga, Takdir Esa, tercampak merata, Sardala edan kesmaran sama Hasinan, Tika Ali mati di kali, Mujurlah, Isa itu ada. Daton serik lamun ketaman, Daton susah lamun kelangen. Masyhurlah Ali senusantara, Adil saksama penyembuh sakit, Takdir Tuhan siapa yang mampu lawan? Si anak pelebaya, jua biduanda, Berjumpa semula si ibu & bapa. Memayu hayuning bawana, Ambrasta dur hangkara. Kasih Tuhan tiada bandingan, Keluarga yang berpisah jauh, Kembali hidup bersama, Mampu kecindan kembali, Dan lena dengan jendera

10 Tahun Sebelum Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat Tunku Abdul Rahman ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka menandakan berakhirnya secara rasmi jajahan British ke Tanah Melayu. Menariknya, Stadium Merdeka yang dibina khas sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdakaan.  Seramai 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, perwakilan luar negara, anggota-anggota kabinet Persekutuan Tanah Melayu dan juga rakyat biasa membanjiri Stadium Merdeka bagi menyaksikan detik bersejarah Tanah Melayu ini.  Peristiwa ini merupakan satu simbolik pemulangan kuasa politik kepada rakyat Tanah Melayu selepas diperintah beratus tahun lamanya oleh orang asing bermula dari Portugis pada 1511, Belanda pada 1641, British pada 1824 dan juga Jepun pada 1941. Mengimbas kembali beberapa bulan sebelum 31 0gos 1957, rancangan kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu bermula pada 8 Februari 1956 di Lancaster Hou

Masa

Tuhan menjadikan masa itu cukup 24 jam sehari. Tidak ada seorang pun yang terlebih dan juga terkurang. Semua orang mendapat jumlah masa yang sama. Adil. Semua orang punyai hak yang sama terhadap sama. Seseorang tidak boleh membeli masa orang lain menjadikan jumlah masa yang dia ada lebih dari 24 jam. Bercakap mengenai masa, kita adalah setara. Aku berjalan ke negara bukan agama kita, aku memerhati yang masa itu dijaga sebaiknya. Ketepatan perjalanan bas dan kereta api memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau terlambat walau seminit sekalipun, makan asap sahajalah jawabnya. Segala apapun urusan yang dilakukan, semuanya dilakukan atas neraca ketepatan masa. Aku kagum sejujurnya. Akan tetapi apabila aku pergi ke negara agama kita, aku terkejut. Biasa sahaja pelanggaran masa dilakukan. Ramai yang mungkir dengan waktu mereka. Ada yang lambat ke tempat kerja, ada yang sengaja lambat membuat kerja, bersembang sana sini tak ingat dunia dan pelbagai jenis lagi pelanggaran masa. Aku ya

Doa

Kita tidak akan pernah mengetahui betapa pentingnya sebuah doa sehinggalah kita berada dalam situasi yang betul-betul terdesak. Apabila kita betul-betul  sudah tiada jalan lain dan apa yang kita nampak dihadapanya hanyalah sebuah jalan mati kepada kesusahan kita itu, baru ketika itu kita akan menadah tangan dan berdoa kepada Tuhan. “Ya Allah, bantulah hambamu ini” Ataupun apabila kita mahukan sesuatu yang berada di luar kemampuan kita, ketika itulah kita akan menadah tangan kita berdoa kepada Tuhan. Berdoa dengan penuh harapan bahawa Tuhan akan memperkenankan doa kita itu. Fikir kita, apabila kita berdoa, tidak kira bagaimana sekalipun kita mahukan doa itu termakbul dan diperkenankan. Sungguh. Kita masih tidak memahami erti sebenar doa jika persepsi yang doa itu hanya ketika kita susah sahaja. Doa ketika hanya berada dalam kesulitan dan mahukan sesuatu sahaja. Patutlah, doa kita jarang ditunaikan. Apakah kita ingat Tuhan itu ibarat pengawai kebajikan? Meminta tolong apabi

Memaknakan Ilmu

“Ilmu adalah ketibaan makna kepada diri dan ketibaan diri kepada makna”. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Ilmu mempunyai pengertian yang sangat luas. Frasa di atas merupakan pengertian Prof. Dr. SMNA terhadap definisi ilmu. Bagaimanakah untuk memahami frasa definisi yang digunakan oleh beliau? Contohnya adalah seperti begini. “Tolong tulis diatas kertas sebuah karangan menggunakan syawkah. Esok hantar pada saya” ujar seorang guru kepada anak muridnya. Keesokan harinya, anak murid guru tersebut pun menghantar karangan yang dimintakan oleh guru tersebut. Akan tetapi, guru tersebut mengatakan yang anak muridnya tidak faham akan arahan tersebut. “Adakah kamu tahu syawkah itu apa? Soal guru kepada anak muridnya. “Tidak, guruku” “Jadi, mengapakah kalian tidak cuba untuk mencari dan memahami apakah makna syawkah itu?” “Syawkah itu adalah kata Arab untuk garfu. Sekarang cuba kalian fikirkan, adakah logik untuk kalian menulis menggunakan sebatang garfu? “Tidak”. * Meng